Posts

Insuran/Takaful untuk Ketenteraman Hidup

Penulis: Nora Ismail  Hi, salam pengenalan! Sebenarnya di Malaysia ramai sahaja yang faham akan kepentingan insuran/takaful. Namun begitu, adakah kefahaman kita ditunjukkan di borang kontrak?  Berkecimpung sepanjang 10 tahun dalam bidang ini, dan membina rangkaian kawan-kawan dalam bidang yang sama, dapat disimpulkan bahawa kefahaman sebenar orang awam mengenai kepentingan insuran/takaful tidaklah secara total. Ini agak menyedihkan, memandangkan keperluan manfaat menjadi begitu mendesak terutama apabila sesuatu risiko kehidupan berlaku. Lebih sukar apabila manfaat tersebut hanya mampu menyelesaikan sedikit dari masalah mendatang.  Tanyalah sesiapa, antara nikmat kehidupan yang amat disyukuri adalah ketenteraman hidup. Tiada gangguan dan masalah-masalah kehidupan seperti kehilangan tempat berteduh, masalah hutang, kekurangan makanan, keruncingan kewangan, rumah tanpa fasiliti asas contoh air dan elektrik.  Bayangkan jika nikmat ini ditarik atau hilang? Apakah yang ak

Tips berkunjung ke hospital

Penulis: Nora Ismail Anda kena pergi ke hospital untuk temujanji atau menemani seseorang ke sana? Ini ada beberapa tips berkunjung ke hospital awam.  1) Semak tarikh temujanji. Ini penting. Untuk bahagian ini tak banyak yang boleh dikatakan. Paling penting ikut sahaja tarikh temujanji.  2) Kalau temujanji anda pada waktu pagi, pasti anda bergerak awal. Cabaran utama hospital awam adalah jumlah manusia yang ramai dan parkir. Kalau datang awal, in sha Allah ada parkir, pergerakan lebih mudah sebab tidak perlu berlaga bahu untuk ke bilik temujanji. Selain itu dapat juga berehat sementara menunggu doktor panggil (berehat sampai boring.. heheheh). Tapi, kalau anda hendak naik teksi atau grab itu lagi baik. Tak pening mencari parkir. Mencabar wooo cari parking.  3) Kalau anda membawa anak kecil. Sila sumbat segala macam 'permainan, makanan, snek, pampers, tuala, botol air, botol susu dan segala yang rasa perlu bagi memastikan anak kecil kita sentiasa selesa dan tidak meragam. 

Penyakit Motor Neuron dari sisi seorang 'care taker'

Image
Penulis: Nora Ismail Post sebelum ini saya ada bagi hint tentang sakit suami. Post kali ini saya ceritakan serba sedikit tentang penyakit 'rare' ini, Penyakit Motor Neuron atau MND.  Penyakit ini memang rare. Dua minggu lepas, kami berjumpa dengan doktor pakar kami di PPUM, beliau ada memberitahu hanya ada lebih kurang 100 orang pesakit untuk sakit ini di sana sekarang.     Kurangkan kalau hendak di bandingkan dengan sakit lain seperti stroke, kanser atau sakit jantung.  Mungkin ada yang terfikir, kenapa selepas empat tahun, baru sekarang kami berani menulis tentang perjuangan sakit ini di publik? Salah satunya ada sebab berat badan yang meningkat, dan suami masih lagi mampu berjalan walaupun menggunakan alat bantuan berjalan.  Apabila suami mengalami penambahan berat badan (walaupun tidak banyak), ia merupakan sesuatu yang menggembirakan. Kalau anda rasa apalah sangat nak dikecoh-kecohkan dengan penambahan berat badan, ketahuilah, salah satu kesan saki

Cerita Kurma dan Susu Kambing

Image
Cerita Kurma dan Susu Kambing Oleh: Nora Ismail Stok kurma sudah mulai susut. Baguslah, alhamdulillah... memandangkan ramadhan sudah hampir mengetuk pintu, maka inilah masa terbaik untuk mencari kurma sesuai untuk simpanan.  Stok kurma sebelum pergi memborong kurma baru  Beberapa minggu yang lepas, kami pergi memborong stok kurma baru. Stok kurma kami memang bukan sedikit. Disebabkan jarak kedai tempat kami membeli kurma jauh, kami harus membeli dalam jumlah yang banyak. Selalunya stok kurma kami, secara total adalah sebanyak 10kg-11kg, dan ia mampu bertahan sehingga 5 bulan.   Jika sebelum ini, pilihan kurma adalah medjool dan maryam, kali ini bertukar sedikit. Kami masih lagi mengekalkan maryam, namun, medjool digantikan dengan kurma 'Ajwah.  Berbanding medjool, kurma 'Ajwah lebih kecil dan berwarna hitam. Medjool pula lebih besar dan tebal.  Rasanya lebih manis dan berkaramel. Namun, kali ini kami tukarkan kurma utama kami ini. Kalau diikutkan kami tidak perl

Ijazah Sarjana Roti

Image
Ijazah Sarjana Roti  (Seperti yang diceritakan kepada Penulis) Penulis: Nora Ismail  Ini adalah kisah tentang bagaimana saya melengkapkan Ijazah Sarjana (Master’s Degree) Biologi dengan menjual roti. Ya, betul. Sememangnya saya menjual roti untuk menampung kelangsungan hidup sementara melengkapkan Ijazah Sarjana. Ini adalah kisah yang tidak pernah saya ceritakan kecuali kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat. Bukan kerana malu, tetapi ianya terlalu peribadi. Namun, apabila diberitahu oleh penulis yang kisah ini boleh membantu orang lain untuk tidak putus asa, saya terpanggil untuk menceritakannya kepada anda. Keluarga saya berasal daripada Johor, dan saya telah melanjutkan pelajaran di dalam bidang Biologi di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Berada jauh daripada keluarga, telah menolak saya keluar dari kepompong keselesaan, seterusnya memaksa saya untuk belajar menjadi lebih berdikari. Namun itu tidak membuatkan saya lebih bersedia mengharungi tahun akhir pengajian I

Panduan Memulakan Kerjaya Baru

Image
PANDUAN MEMULAKAN KERJAYA BARU Bukan mudah memulakan kerjaya baru, kan? Sudah mempunyai kerjaya yang stabil untuk beberapa tahun, sudah membina keyakinan diri, malah ada yang sudah berjaya, terus… memilih untuk menukar kerjaya. Ada yang melakukan kerana peluang kenaikan gaji, pangkat, malah ada juga yang terpaksa. Mahu beberapa panduan memulakan kerjaya baru? Mari baca ini… Keluarlah dari Zon Selesa ‘Zon Selesa’ Ramai orang yang mahukan perubahan, tetapi lagi ramai yang tidak suka untuk berubah. Ini berlaku bukan sahaja di dalam bidang pekerjaan, namun berlaku juga di dalam kehidupan sebenar. Kita sudah berada di dalam zon selesa, selesa dengan cara bekerja, selesa dengan rakan-rakan sekerja dan selesa dengan persekitaran, tidak memudahkan kita untuk memulakan kerjaya baru. Di tempat baru, kita terpaksa memulakan semula dari bawah. Dan, itu tidak mudah di lakukan terutama bagi orang yang sudah senior. Namun begitu, untuk pergi lebih jauh, ini adalah antara per

Selamat Hari Guru

Image
Selamat Hari Guru Tahun 2018  Masih saya ingat ketika di usia remaja, ayah menerima sudu sebagai hadiah hari gurunya. Pada masa itu, saya melihatnya sebagai satu bahan gurauan, kelakar namun ia tidak kekal lama. Saya mula berfikir, jika seorang anak murid, hanya mampu memberikan sudu, semestinya dia datang dari keluarga yang susah. Pengajaran daripada itu, jauh lebih besar. Nilai pemberian lebih besar dari nilai hadiahnya. Kedewasaan ini, seperti sudah menjadi trend, pemberian hadiah adalah perkara yang perlu ketika majlis guru. Ia bukanlah satu isu yang besar, melainkan jika si anak ini menjadi tertekan kerana terpaksa memberi, namun keluarganya tidak mampu. Bukanlah bermakna pihak sekolah menjadikan isu pemberian hadiah kepada guru satu kewajipan, namun, si anak rasa perlu untuk memberi kerana ingin berterima kasih dengan guru yang mendidiknya. Sifat berterima kasih Kad hari guru yang dibuat oleh anak saya kepada guru kelasnya Anak-anak kecil memang terdidik unt