Panduan Memulakan Kerjaya Baru
PANDUAN MEMULAKAN KERJAYA BARU
Bukan mudah memulakan kerjaya
baru, kan? Sudah mempunyai kerjaya yang stabil untuk beberapa tahun, sudah
membina keyakinan diri, malah ada yang sudah berjaya, terus… memilih untuk
menukar kerjaya. Ada yang melakukan kerana peluang kenaikan gaji, pangkat,
malah ada juga yang terpaksa. Mahu beberapa panduan memulakan kerjaya baru?
Mari baca ini…
![]() |
| Keluarlah dari Zon Selesa |
‘Zon Selesa’
Ramai orang yang mahukan
perubahan, tetapi lagi ramai yang tidak suka untuk berubah. Ini berlaku bukan
sahaja di dalam bidang pekerjaan, namun berlaku juga di dalam kehidupan
sebenar. Kita sudah berada di dalam zon selesa, selesa dengan cara bekerja,
selesa dengan rakan-rakan sekerja dan selesa dengan persekitaran, tidak
memudahkan kita untuk memulakan kerjaya baru. Di tempat baru, kita terpaksa
memulakan semula dari bawah. Dan, itu tidak mudah di lakukan terutama bagi
orang yang sudah senior.
Namun begitu, untuk pergi lebih
jauh, ini adalah antara perkara yang perlu dikorbankan. Kita terpaksa berkorban
‘keselesaan’ bagi memberi ruang kepada diri sendiri untuk maju. Keluar dari
‘zon selesa’ sememangnya bukan mudah, namun tekad dan cita-cita boleh menjadi
pembakar semangat bagi seseorang untuk terus kehadapan.
![]() |
| Bertatih perlahan-lahan macam baby |
Bertatih Memerlukan Masa
Apabila kita sudah membuat
keputusan untuk keluar dai zon selesa dan mulakan kerjaya baru, adalah amat
penting bagi kita semua untuk BERSABAR. Bukan sahaja sabar itu sebahagian
daripada iman, namun lebih daripada itu, dengan kesabaran, kita mampu pergi
lebih jauh. Cuba google atau ingatkan
kembali, anak-anak kecil yang baru belajar berjalan. Bagaimana mereka
menempuhnya? Bukanlah mereka selalu jatuh? Kadang-kadang sampai terpelesok kan?
Nangis itu, tak payah kira lah, memang
akan menangis punya.
Namun, apakah pengajaran yang
kita perolehi daripada anak-anak kecil? Mereka tidak pernah mengalah. Mereka
tidak pernah serik, malah mereka terus-terusan bangun apabila sudah jatuh.
Bukankah kita juga sepatutnya seperti mereka? Iya, bukan mudah, namun jika kita
bertatih dengan kesabaran, ia pasti akan membuatkan hasil. Yakin pada diri,
pasti akan berjaya.
![]() |
| Jalan ke hadapan bukan ke belakang |
Kerjaya Baru Perlu ke Hadapan, Bukan ke Belakang
Ok, mesti akan ada salah faham
disini. Ayat di atas bukan bermaksud untuk mengecilkan mereka yang memilih
untuk berundur satu langkah kebelakang. Namun, ayat di atas bermaksud, jika
memilih kerjaya baru, ia haruslah disertakan dengan membina kemahiran baru,
pengetahuan baru dan habit baru. Tidak kisahlah jika seorang yang makan gaji
bertukar menjadi seorang ahli perniagaan atau seorang eksekutif menjadi kerani,
terimalah ia sebagai satu cabaran memajukan diri.
Banyak orang apabila memilih
kerjaya baru, memilih untuk berada di dalam linkungan kerja yang sama. Jika
dahulu bekerja dengan mesin, apabila mempunyai pilihan untuk kerjaya baru,
masih mahu bekerja dengan mesin. Walapun pilihan tersebut tidak lah salah,
kerjaya baru harusnya menumpukan juga aspek interaksi sosial dengan manusia
lain. Jika tidak, kemahiran berinteraksi dengan orang lain tidak berkembang
dengan baik, dan itu bukanlah satu perkara yang patut di anggap enteng. Penting
sebenarnya di dalam memilih kerjaya baru, menumpukan perhatian di dalam mengasah
kemahiran sedia ada atau menambah kemahiran baru bagi membantu seseorang itu
pergi lebih jauh daripada sebelumnya.
![]() |
| Baca, Baca, Baca |
Baca, Baca, Baca
Pernah dahulu, saya terbaca,
salah seorang orang penting di dalam syarikat automotif negara, berkata, dia
menjadikan tugasan membaca satu buku setiap minggu sebagai perkara wajib kepada
semua kakitangannya. Menarikkan?
Walaupun perkara itu agak remeh,
namun, paksaan sebegitu memberi peluang kepada orang bawahannya memperlajari
sesuatu yang baru, dalam setiap buku yang di baca. Orang kata, membaca buku
jambatan ilmu. Nah, begitulah, sememangnya membaca buku membuka cabang-cabang
ilmu. Ia menjadikan si pembaca termuka minda, lebih responsif, menguasai kosa
kata yang lebih baik serta di akui membantu dalam memberikan idea yang lebih
bernas. Tidak itu lebih baik?
![]() |
| "Barang yang lepas, hai.. jangan di kenang" |
Perkara Lalu Jangan di Simpan Lama-lama
Ayat ini macam lagu, ‘barang yang lepas jangan dikenang’. Tetapi,
begitulah. Sememangnya kita jangan terlalu berpegang dengan perkara yang lepas.
Kelak, merana diri (amboii). Ramai orang
yang lagaknya seperti orang berilmu, orang berkuasa, orang yang hebat di tempat
baru. Seperti dialah yang lebih hebat, tiada yang lain. Sehingga kita
terbawa-bawa karakter ini ditempat baru. Kita mahu dihormati di tempat baru.
Yang sebenarnya kita lupa. Kita
lupa untuk tunduk. Kita lupa untuk ‘Uninstall’
perisian terdahulu, sehingga mencetuskan perasaan kurang senang di kalangan
rakan-rakan sekerja baru. Bukanlah tidak boleh untuk menunjuk lagak pandai,
tetapi orang kata, simpan-simpanlah sedikit. Lain orang lain belangnya, lain
tempat lain caranya.
Walau siapapun kita yang
terdahulu, apabila tiba ditempat baru, tunduklah. Buanglah perkara yang dahulu,
jadilah seperti gelas yang kosong, sedia untuk menerima sesuatu yang baru.
Jangan di simpan kita yang dulu lama-lama. Apa yang membawa kita ke B, tidak
membawa anda ke C.
MEMULAKAN kerjaya baru, ada yang
menyeronokkan, namun, ada juga yang tidak menggembirakan. Ramai yang pergi ke
tempat baru, atas tiket gaji atau pangkat. Ramai juga kerana mahu bertukar
angin. Walau apapun sebabnya untuk kita, mulakanlah dengan keyakinan. Tanamkan
keazaman untuk maju ke depan. Jalan baru tidak semestinya berselang selikan
bunga, kadang kalanya, terdapat duri dipertengahan jalan. Fokus dengan
bersungguhnya, In Sha ALLAH akan berjaya.





Comments
Post a Comment