Cerita Kurma dan Susu Kambing
Cerita Kurma dan Susu Kambing
Oleh: Nora Ismail
Stok kurma sudah mulai susut. Baguslah, alhamdulillah... memandangkan ramadhan sudah hampir mengetuk pintu, maka inilah masa terbaik untuk mencari kurma sesuai untuk simpanan.
Beberapa minggu yang lepas, kami pergi memborong stok kurma baru. Stok kurma kami memang bukan sedikit. Disebabkan jarak kedai tempat kami membeli kurma jauh, kami harus membeli dalam jumlah yang banyak. Selalunya stok kurma kami, secara total adalah sebanyak 10kg-11kg, dan ia mampu bertahan sehingga 5 bulan.
Jika sebelum ini, pilihan kurma adalah medjool dan maryam, kali ini bertukar sedikit. Kami masih lagi mengekalkan maryam, namun, medjool digantikan dengan kurma 'Ajwah.
Berbanding medjool, kurma 'Ajwah lebih kecil dan berwarna hitam. Medjool pula lebih besar dan tebal. Rasanya lebih manis dan berkaramel. Namun, kali ini kami tukarkan kurma utama kami ini. Kalau diikutkan kami tidak perlu bertukar kurma, tetapi, kami mempunyai sebab yang kukuh untuk menukarnya. Kejap lagi saya tuliskan sebabnya.
Sudah menjadi rutin saya setiap hari untuk menyediakan kurma di campur dengan susu kambing. Jika menggunakan medjool dahulu, 3 biji kurma medjool dan 8 biji kurma maryam direndam di dalam air panas untuk 1-2 jam sebelum di 'blend' bersama susu kambing.
Ia menghasilkan kepekatan dan rasa yang lebih berkrim. Untuk kurma Ajwah pula, bagi mendapatkan konsistensi yang serupa, saya menggunakan 7 biji kurma Ajwah dan 8 biji kurma maryam. Prosesnya masih lagi serupa, hanya bilangan kurma sahaja bertambah dari 11 ke 15 biji.
Kadang-kadang, saya ubah juga bilangan kurma. Bereksperimen. Perubahan dari bilangan kurma akan menghasilkan perbezaan rasa dan kepekatan susu kurma. Jika terlalu sedikit, ia akan menjadi cair, ibarat minum air susu semata. Itu saya tidak mahu. Ia haruslah pekat sedikit seperti campuran quaker oat.
Untuk pengetahuan pembaca, rutin ini sudah memasuki tahun ke-2. Pada mulanya hanya susu kambing tanpa sebarang campuran. Susu terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing. Susu kambing di ambil pada waktu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur di waktu malam. Ia berlanjutan selama setahun, sebelum kami campurkan dengan kurma.
Ketika itu kami baru berpindah dari Sarawak, dan tinggal di rumah mertua di Kuala Lumpur. Stok susu kambing kami dapat dari seorang pembekal yang mengambil stoknya daripada Kelantan. Ianya di hantar menggunakan bas persiaran, dan di ambil di stesen bas KL keesokan harinya.
Kami masih belum memulakan rutin 21 biji kurma, in sha ALLAH permulaan puasa ini akan kami mulakan dengan rutin tersebut. Idea untuk memulakan rutin 21 kurma juga kami dapat hasil dari carian kami.
Usaha ini tidak di kira untuk berjaya atau tidak. Yang lebih penting adalah usahanya, doanya dan keredhaan hati. Namun, sejak adanya penambahan berat badan, sesuatu yang positif sedang berlaku. Doakan kami!
End-

![]() |
| Stok kurma sebelum pergi memborong kurma baru |

| Stok kurma baru, 'Ajwah atas dan maryam bawah |

| Stok susu kambing kami ambil daripada Pedas sekarang |
Ketika itu kami baru berpindah dari Sarawak, dan tinggal di rumah mertua di Kuala Lumpur. Stok susu kambing kami dapat dari seorang pembekal yang mengambil stoknya daripada Kelantan. Ianya di hantar menggunakan bas persiaran, dan di ambil di stesen bas KL keesokan harinya.
Sekarang kami mengambil stok susu kambing dari Pedas, Negeri Sembilan. Ini pilihan yang lebih baik, memandangkan kambing yang di bela adalah kambing susu bukan kambing daging. Perbezaannya, ikut kata tuan punya business, susu dari kambing susu tidak berbau hamis, yang berbau itu selalunya dari kambing daging.
Mungkin ada yang bertanya, kenapa saya menyediakan campuran susu kambing dan kurma setiap hari sepanjang setahun ini. Sebenarnya, saya seorang 'care taker', yang dalam ertikata lain, seorang penjaga kepada orang yang sakit. Suami saya sakit. Sakit apa... dan semua yang lain berkenaan sakit akan saya sediakan di entry yang lain.
Penyediaan makanan yang bernutrisi amat penting untuk suami. Salah satu kesan penyakit suami adalah penurunan berat badan yang berterusan. Sebelum rutin susu kambing dan kemudiannya susu kambing dan kurma, suami mengalami penurunan berat badan yang amat teruk. Kalau tidak silap, akhir tahun 2017, keadaan suami terlalu kurus.
Namun, sejak regim kurma dan susu kambing, ada peningkatan berat badan suami. Pada mulanya tidak banyak, tapi nampaklah perubahan, terutamanya sejak akhir tahun 2018.
Kami masih meneruskan rutin ke hospital, PPUM. Kami juga tidak pernah culas makan ubat. Ia rutin yang perlu kami patuhi. Kami juga amat berhati-hati dengan rujukan atau cadangan bagi rawatan alternatif. Sudah banyak cadangan rawatan alternatif yang kami kata TIDAK. Sudah banyak juga 'ubat-ubat' rawatan alternatif yang kami terima, tetapi kami pandang sepi sahaja. Namun, kurma dan susu kambing tidak termasuk dalam kategori itu.
Tadi saya ada menulis tentang penukaran kurma dari medjool kepada Ajwah. Sebenarnya, sejak suami sakit, kami belajar untuk membuat rukyah sendiri sebagai salah satu daripada usaha melawan penyakit. Kami perlu mencari jalan untuk melawan penyakit ini sendiri. Doktor-doktor PPUM banyak membantu dan memberi semangat, namun mereka juga mempunyai limitasi ilmu.
Kita haruslah ingat yang sakit ini adalah dari ALLAH dan hanya-DIA sahajalah yang mampu untuk menyembuhkan sakit ini. Antara usaha kami adalah mencari jawapan dari Al-Quran.
Pencarian ini telah menemukan kami dengan kurma. Kebetulan? Tiada kebetulan di dalam Al-Quran. Perkataan kurma di dalam Al-Quran telah di ulang sebanyak 21 kali. Pencarian lebih lanjut membawa penemuan hadis-hadis nabi mengenai kurma.
Hadis 1: Kurma Mengelakkan Sihir
"Barang siapa yang memakan tujuh biji kurma Madinah setiap paginya, maka pada hari itu ia tidak akan dibahayakan oleh racun mahupun sihir."
* Sahih al-Bukhari, Kitab al-At'imah, Bab Ajwah, 5445
* Sahih Muslim, Kitab al-Asyibah, Bab Tamar al-Madinah, 2647
* Sunan Abu Daud,Katib al-Tibb, Bab Tamar Ajwah, 3876
*Al-'Aini: Kurma tersebut hendaklah dimakan sebelum mengambil sebarang makanan lain. Al-Khattabi menekankan kurma tersebut mestilah kurma madinah sahaja dan bilanganya sebanyak 7 biji.
Hadis 2: Kurma 'Ajwah Mengandungi Penawar
"Sesungguhnya pada kurma 'Ajwah al 'Aliyah (di dataran tinggi di Kota Madinah berdekatan Najd) itu mengandungi penawar atau sesuatu penawar yang bersifat anti racun apabila di ambil (dimakan) pada awal pagi." (SM: 2048).
* Syarah Sahih Muslim: "Pada hadith ini terdapat petunjuk akan keutamaan kurma (al-tamr) dan dibolehkan untuk menyimpannya untuk ahli keluarga serta anjuran menyimpannya."
*Fathul Bari: "Kurma Ajwah bermanfaat untuk mencegah racun dan sihir dikeranakan doa keberkatan dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam terhadap kurma Madinah bukan kerana dzat kurma itu sendiri."
Nah, inilah sebabnya kami bertukar kurma dari medjool kepada ajwah. Ia bukanlah semata kerana khasiatnya sendiri, namun yang lebih penting adalah keberkatan doa dari Nabi kesayangan kita sendiri.

| Mereka berkongsi sakit yang sama |

| Setiap yang berlaku mempunyai sebab, sabarlah menempuhnya |

| Rutin 21 biji kurma |
Kami masih belum memulakan rutin 21 biji kurma, in sha ALLAH permulaan puasa ini akan kami mulakan dengan rutin tersebut. Idea untuk memulakan rutin 21 kurma juga kami dapat hasil dari carian kami.
Usaha ini tidak di kira untuk berjaya atau tidak. Yang lebih penting adalah usahanya, doanya dan keredhaan hati. Namun, sejak adanya penambahan berat badan, sesuatu yang positif sedang berlaku. Doakan kami!
End-
Anda mencari seorang translator (English - Malay) atau penulis?
Hubungi di: v6.violett@gmail.com

Comments
Post a Comment