Tips berkunjung ke hospital

Penulis: Nora Ismail

Anda kena pergi ke hospital untuk temujanji atau menemani seseorang ke sana? Ini ada beberapa tips berkunjung ke hospital awam. 

1) Semak tarikh temujanji. Ini penting. Untuk bahagian ini tak banyak yang boleh dikatakan. Paling penting ikut sahaja tarikh temujanji. 

2) Kalau temujanji anda pada waktu pagi, pasti anda bergerak awal. Cabaran utama hospital awam adalah jumlah manusia yang ramai dan parkir. Kalau datang awal, in sha Allah ada parkir, pergerakan lebih mudah sebab tidak perlu berlaga bahu untuk ke bilik temujanji. Selain itu dapat juga berehat sementara menunggu doktor panggil (berehat sampai boring.. heheheh). Tapi, kalau anda hendak naik teksi atau grab itu lagi baik. Tak pening mencari parkir. Mencabar wooo cari parking. 

3) Kalau anda membawa anak kecil. Sila sumbat segala macam 'permainan, makanan, snek, pampers, tuala, botol air, botol susu dan segala yang rasa perlu bagi memastikan anak kecil kita sentiasa selesa dan tidak meragam. 

Tapi kalau pegi melawat di wad, di nasihatkan JANGAN BAWAK ANAK KECIL, bawah 12 tahun. 

4) Kalau anda tidak familiar dengan kawasan sekitar hospital, sila rajinkan diri bertanyakan soalan arah tuju, terutama kepada mereka yang first time ke hospital berkenaan. Tempat-tempat seperti klinik pakar, farmasi, klinik rehab, cafe, fisioterapi, terapi pekerjaan, bahagian laporan pesakit dan banyak lagi, adalah antara tempat-tempat penting yang selalu dikunjungi. Kadang-kadang yang buat kita frust dan stress lebih bukan berjumpa dengan doktor tapi sebab tak jumpa tempat-tempat yang kita perlu pergi. 

5) Ini sambungan datang hospital sekali lagi. Tapi ini kalau temujanji anda pada waktu petang. Kalau petang banyak masa sedikit, namun itu tidak bermakna boleh berlenggang kangkung ye. Kalau anda memandu dan memerlukan parkir, masa terbaik untuk datang adalah antara 11.30pm-12.45pm. Ketika ini mereka di sesi pagi sudah siap dan dalam perjalanan keluar, dan ada juga yg hendak keluar makan. Mudah jumpa parkir kosong masa ini. Nak lagi senang, bawak bekal makan yang mudah di makan dan di simpan atau makan siap-siap. Tak payah cari cafe.

6) Saya dapati lebih mudah membawa satu beg sandang dari membawa banyak beg-beg kecil. Ambil kira perkara seperti ubatan-ubatan, payung, botol air, wallet dan handphone apabila memilih jenis beg untuk digunakan. Terlalu banyak barang yang perlu dipegang akan menjadikan kita sukar bergerak, terutama jika anda perlu menolak wheelchair atau stroller anak kecil.

7) Dalam banyak-banyak benda yang disenaraikan, inilah yang paling penting. Perasaan bersyukur dan bersabar. Bukan masa sihat sahaja perlu bersyukur, masa sakit pun kita perlu bersyukur. 

Hospital adalah tempat paling baik untuk ambil iktibar dan bersyukur dengan keadaan kita, walaupun kita sendiri tidak sihat. Lihat sekeliling. Lihat orang lain, ada antara mereka yang lebih sakit dari kita. Mungkin kaki kita sakit, tapi kita masih boleh berjalan. Mungkin kita tak boleh berjalan, tapi kita masih ada ahli keluarga yang membantu, menjaga dan menemani kita sentiasa. Bersyukurlah. 

Lepas tu bersabar. Bukan orang yang sakit je, tapi yang lebih penting mereka yang menjaga orang sakit. Orang sakit adalah manusia-manusia terpilih yang hanya dia sahaja yang mampu menanggung keperitan sakitnya. Tapi itu bukan bermakna mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi dan emosi. 

Percayalah antara sakit dan emosi, mereka perlu menguruskan ini serentak, dan ia bukannya mudah. Sentiasa tanamkan dalam diri sifat toleransi dan sabar dalam menguruskan orang sakit. Mereka bukan mahu sakit, tiada orang sakit yang mahu sakit, malah jika mereka marah-marah pun, bukan mereka sengaja. Oleh itu, bersabarlah dalam menguruskan mereka. 

Harap-harap tips ini membantu...

Comments

Popular posts from this blog

Panduan Memulakan Kerjaya Baru

Selamat Hari Guru