Posts

Showing posts from July, 2019

Insuran/Takaful untuk Ketenteraman Hidup

Penulis: Nora Ismail  Hi, salam pengenalan! Sebenarnya di Malaysia ramai sahaja yang faham akan kepentingan insuran/takaful. Namun begitu, adakah kefahaman kita ditunjukkan di borang kontrak?  Berkecimpung sepanjang 10 tahun dalam bidang ini, dan membina rangkaian kawan-kawan dalam bidang yang sama, dapat disimpulkan bahawa kefahaman sebenar orang awam mengenai kepentingan insuran/takaful tidaklah secara total. Ini agak menyedihkan, memandangkan keperluan manfaat menjadi begitu mendesak terutama apabila sesuatu risiko kehidupan berlaku. Lebih sukar apabila manfaat tersebut hanya mampu menyelesaikan sedikit dari masalah mendatang.  Tanyalah sesiapa, antara nikmat kehidupan yang amat disyukuri adalah ketenteraman hidup. Tiada gangguan dan masalah-masalah kehidupan seperti kehilangan tempat berteduh, masalah hutang, kekurangan makanan, keruncingan kewangan, rumah tanpa fasiliti asas contoh air dan elektrik.  Bayangkan jika nikmat ini ditarik atau hil...

Tips berkunjung ke hospital

Penulis: Nora Ismail Anda kena pergi ke hospital untuk temujanji atau menemani seseorang ke sana? Ini ada beberapa tips berkunjung ke hospital awam.  1) Semak tarikh temujanji. Ini penting. Untuk bahagian ini tak banyak yang boleh dikatakan. Paling penting ikut sahaja tarikh temujanji.  2) Kalau temujanji anda pada waktu pagi, pasti anda bergerak awal. Cabaran utama hospital awam adalah jumlah manusia yang ramai dan parkir. Kalau datang awal, in sha Allah ada parkir, pergerakan lebih mudah sebab tidak perlu berlaga bahu untuk ke bilik temujanji. Selain itu dapat juga berehat sementara menunggu doktor panggil (berehat sampai boring.. heheheh). Tapi, kalau anda hendak naik teksi atau grab itu lagi baik. Tak pening mencari parkir. Mencabar wooo cari parking.  3) Kalau anda membawa anak kecil. Sila sumbat segala macam 'permainan, makanan, snek, pampers, tuala, botol air, botol susu dan segala yang rasa perlu bagi memastikan anak kecil kita sentiasa selesa dan tidak m...