Penyakit Motor Neuron dari sisi seorang 'care taker'

Penulis: Nora Ismail Post sebelum ini saya ada bagi hint tentang sakit suami. Post kali ini saya ceritakan serba sedikit tentang penyakit 'rare' ini, Penyakit Motor Neuron atau MND. Penyakit ini memang rare. Dua minggu lepas, kami berjumpa dengan doktor pakar kami di PPUM, beliau ada memberitahu hanya ada lebih kurang 100 orang pesakit untuk sakit ini di sana sekarang. Kurangkan kalau hendak di bandingkan dengan sakit lain seperti stroke, kanser atau sakit jantung. Mungkin ada yang terfikir, kenapa selepas empat tahun, baru sekarang kami berani menulis tentang perjuangan sakit ini di publik? Salah satunya ada sebab berat badan yang meningkat, dan suami masih lagi mampu berjalan walaupun menggunakan alat bantuan berjalan. Apabila suami mengalami penambahan berat badan (walaupun tidak banyak), ia merupakan sesuatu yang menggembirakan. Kalau anda rasa apalah sangat nak dikecoh-kecohkan dengan penambahan berat badan, ketahuilah, salah...