Posts

Showing posts from May, 2018

Panduan Memulakan Kerjaya Baru

Image
PANDUAN MEMULAKAN KERJAYA BARU Bukan mudah memulakan kerjaya baru, kan? Sudah mempunyai kerjaya yang stabil untuk beberapa tahun, sudah membina keyakinan diri, malah ada yang sudah berjaya, terus… memilih untuk menukar kerjaya. Ada yang melakukan kerana peluang kenaikan gaji, pangkat, malah ada juga yang terpaksa. Mahu beberapa panduan memulakan kerjaya baru? Mari baca ini… Keluarlah dari Zon Selesa ‘Zon Selesa’ Ramai orang yang mahukan perubahan, tetapi lagi ramai yang tidak suka untuk berubah. Ini berlaku bukan sahaja di dalam bidang pekerjaan, namun berlaku juga di dalam kehidupan sebenar. Kita sudah berada di dalam zon selesa, selesa dengan cara bekerja, selesa dengan rakan-rakan sekerja dan selesa dengan persekitaran, tidak memudahkan kita untuk memulakan kerjaya baru. Di tempat baru, kita terpaksa memulakan semula dari bawah. Dan, itu tidak mudah di lakukan terutama bagi orang yang sudah senior. Namun begitu, untuk pergi lebih jauh, ini adalah antara per...

Selamat Hari Guru

Image
Selamat Hari Guru Tahun 2018  Masih saya ingat ketika di usia remaja, ayah menerima sudu sebagai hadiah hari gurunya. Pada masa itu, saya melihatnya sebagai satu bahan gurauan, kelakar namun ia tidak kekal lama. Saya mula berfikir, jika seorang anak murid, hanya mampu memberikan sudu, semestinya dia datang dari keluarga yang susah. Pengajaran daripada itu, jauh lebih besar. Nilai pemberian lebih besar dari nilai hadiahnya. Kedewasaan ini, seperti sudah menjadi trend, pemberian hadiah adalah perkara yang perlu ketika majlis guru. Ia bukanlah satu isu yang besar, melainkan jika si anak ini menjadi tertekan kerana terpaksa memberi, namun keluarganya tidak mampu. Bukanlah bermakna pihak sekolah menjadikan isu pemberian hadiah kepada guru satu kewajipan, namun, si anak rasa perlu untuk memberi kerana ingin berterima kasih dengan guru yang mendidiknya. Sifat berterima kasih Kad hari guru yang dibuat oleh anak saya kepada guru kelasnya Anak-anak kecil memang terdidik...