Posts

Showing posts from June, 2018

Ijazah Sarjana Roti

Image
Ijazah Sarjana Roti  (Seperti yang diceritakan kepada Penulis) Penulis: Nora Ismail  Ini adalah kisah tentang bagaimana saya melengkapkan Ijazah Sarjana (Master’s Degree) Biologi dengan menjual roti. Ya, betul. Sememangnya saya menjual roti untuk menampung kelangsungan hidup sementara melengkapkan Ijazah Sarjana. Ini adalah kisah yang tidak pernah saya ceritakan kecuali kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat. Bukan kerana malu, tetapi ianya terlalu peribadi. Namun, apabila diberitahu oleh penulis yang kisah ini boleh membantu orang lain untuk tidak putus asa, saya terpanggil untuk menceritakannya kepada anda. Keluarga saya berasal daripada Johor, dan saya telah melanjutkan pelajaran di dalam bidang Biologi di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Berada jauh daripada keluarga, telah menolak saya keluar dari kepompong keselesaan, seterusnya memaksa saya untuk belajar menjadi lebih berdikari. Namun itu tidak membuatkan saya lebih bersedia mengharungi tahun akhir pe...